Want your
own Fotopage?






 
Rahim's FotoPage

By: Yim Rawang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 12-Dec-2007 02:46 Email | Share | | Bookmark
Padang & Bukit Tinggi ( Part 2 )

Sarapan kat Hotel
Semua bangun pagi....
Dah mula membeli...depan pintu hotel pon jadi
Depan hotel
Makan tengahari
Tu dia orang yg ditinggalkan kat LCCT dah tiba
Hilang letih dah duduk depan makanan
Rumah makan ni namanya Rumah Makan Simpang Raya
Ketua rombong kekenyangan
View all 30 photos...
Hari ke2 semua bangun awal, subuh disini pukul 5 pagi dan pukul 6 dah terang benderang...pagi tu kami hanya bersantai kat hotel sebab menunggu Kak Nor dan Hasni sampai dari LCCT (yg kena tinggal semalam). Kat sini ramai peniaga-peniaga berniaga kat depan hotel aje...macam2 barang boleh dibeli. Pihak hotel pon tak marah langsung...semangat kerjasama diantara orang-orang Minang untuk mencari rezeki.

Pukul 10 pagi mereka sampai dan kami pon terus menuju ke Pasar Atas. Dari pagi sampai petang masa banyak dihabiskan kat sini. Kami makan tengahari kat Restoren Simpang Raya...wow makanannya memang best! Pukul 6 petang balik hotel, dapat naik kereta kuda (di BT dipanggil bendi) murah aje lebihkurang RM4.

Malam sekali lagi kami keluar jalan2 dan makan malam dan lepak2 kat lobi hotel....

Bersambung......













kelakar ler pak usu punya komen on orang2 yg terpaksa tinggal kt airport tu..rasa cam boleh buat drama swasta jer...apa kata jual ajer idea ni kt zaiton mohd jiwa Thu 13-Dec-2007 05:39
Posted by:ety
kome gelak2 le kat aku. hari tu aku n hasni macam masuk amazing race. tapi jangan kome tak tau walaupun kami tersangkut kat LCCT tapi duit kami abih jugak bersoping di metro kajang sambil tunggu passport siap. Cobaan... Tue 18-Dec-2007 08:19
Posted by:mangsa yg ditinggalkan
Wakaka...ety nanti kita bawak mereka ni pergi jumpa zaiton mohd jiwa untuk lebih real bercerita pengalaman yang dilaluiiii
Kak Nyak - memang pon bila ditengok gambor besor tu nampak macam penjual aje...
Nanti jumaat baru update hari ketiga plak sibuk sangat la ni....
Tue 18-Dec-2007 11:13
Posted by:Yim  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 11-Dec-2007 04:37 Email | Share | | Bookmark
Padang & Bukit Tinggi ( Part 1 )

Dalam perjalanan
Yang...paling gumbira
Ketua rombong bersama Kak Yong
Ahli rombong yang bakal menghabiskan duitttt
Padang
Padang airport
View all 28 photos...
Rombongan ke Padang and Bukit Tinggi ni bermula dari idea Ijat pada 27 hingga 30 November 2007 dan telah di sponsor oleh Kak Nyak (tima kasih banyak2). Asalnya seramai 12 bersetuju untuk turut serta tetapi 2 telah menarik diri pada saat awal kerana takut berlaku gempabumi. Lagi seminggu nak berangkat 2 lagi tak dapat pergi kerana masalah passport. Pada hari untuk terbang (disubuh yang hening) 2 lagi terpaksa ditinggalkan kat LCCT kerana masalah passport juga...maka tinggallah kami seramai 6 orang aje yang dapat terbang pagi tu...

Noriah dan Hasni terpaksa balik ke Putrajaya untuk membaharui passport. Oleh kerana malu ngan jiran-jiran terpaksalah membeli tiket untuk keesokan harinya. Nasib baik masih ada tiket lagi dan harganya pulak 2 kali ganda ngan tiket asal...

Kami bertolak dari LCCT pukul 7.40 pagi dan tiba di Padang 7.40 pagi WIB (waktu Indonesia Barat). Dari Padang kami terus bertolak ke Bukit Tinggi yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Pemandangan memang menarik disepanjang perjalanan. Pada hari pertama ni banyak tempat kami singgah untuk minum pagi, makan tengahari dan juga aktiviti yang utama iaitu shopping....

Lebihkurang pukul 5 petang baru kami check-in kat hotel. Selepas rehat kejap, kami berjalan2 kat town Bukit Tinggi. Cuacanya memang nyaman dan suasa kat sini tenang saja.

Bersambung......



pak usu..mak n ayah dah tengok dah...nama air terjun yg lawa tu air terjun lembah anai..nanti kome tengok part 2 plak.. Tue 11-Dec-2007 15:54
Posted by:suhada anie_ai@yahoo.com
Reply : Kak Nyak - Kak Ijat dah bagi tau dia dah booking tiket ke padang. Nak ke Jepun plak ke???nak ikut ler boleh
Lin - kalo shopping kat Harrods tu boleh tak bawa duit 4 juta rupiah???kat padang dah cukup dah duit banyak tu... nak shopping kat MidVelly pon tak mampu nikan pulak kat Harrods
Yang - ok part 2 akan menyusul....

Wed 12-Dec-2007 02:44
Posted by:Yem  - [Link]
Kuala Lumpur- 27 Nov. Dua orang peserta rombongan ke padang/bukit tinggi telah ditinggalkan. Suasana masa itu cukup mengharukan. Cuaca juga seolah-olah bersimpati dengan mereka. Hujan turun dengan lebat sekali. Menurut saksi kedua-dua peserta tersebut seolah-olah seperti pelajar2 Akademi Fantasia yang di 'AF Keluar". Mereka menarik bagasi dan terus meninggalkan lapangan terbang. Saksi juga berkata kedua2 peserta tersebut dibawa menaiki kereta Toyota Unser ke satu lokasi yg dirahsiakan. Dari sumber2 yang boleh dipercayai kemungkinan mereka akan di ' AF Masuk ' Adakah berita ini boleh dipercayai. Kita saksikan aksi mereka di part 2 dan seterusnya part2 yg lain. - Bernama
Tue 18-Dec-2007 08:58
Posted by:mangsa yg ditinggalkan
View all 7 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.