Rahim's FotoPage -  - Fotopages.com
<width>40</width>
Padang & Bukit Tinggi ( Part 2 )
<description>Hari ke2 semua bangun awal, subuh disini pukul 5 pagi dan pukul 6 dah terang benderang...pagi tu kami hanya bersantai kat hotel sebab menunggu Kak Nor dan Hasni sampai dari LCCT (yg kena tinggal semalam). Kat sini ramai peniaga-peniaga berniaga kat depan hotel aje...macam2 barang boleh dibeli. Pihak hotel pon tak marah langsung...semangat kerjasama diantara orang-orang Minang untuk mencari rezeki.
Pukul 10 pagi mereka sampai dan kami pon terus menuju ke Pasar Atas. Dari pagi sampai petang masa banyak dihabiskan kat sini. Kami makan tengahari kat Restoren Simpang Raya...wow makanannya memang best! Pukul 6 petang balik hotel, dapat naik kereta kuda (di BT dipanggil bendi) murah aje lebihkurang RM4. 
Malam sekali lagi kami keluar jalan2 dan makan malam dan lepak2 kat lobi hotel....
Bersambung......
Padang & Bukit Tinggi ( Part 1 )
<description>Rombongan ke Padang and Bukit Tinggi ni bermula dari idea  Ijat pada 27 hingga 30 November 2007 dan telah di sponsor oleh Kak Nyak (tima kasih banyak2). Asalnya seramai 12 bersetuju untuk turut serta tetapi 2 telah menarik diri pada saat awal kerana takut berlaku gempabumi. Lagi seminggu nak berangkat 2 lagi tak dapat pergi kerana masalah passport. Pada hari untuk terbang (disubuh yang hening) 2 lagi terpaksa ditinggalkan kat LCCT kerana masalah passport juga...maka tinggallah kami seramai 6 orang aje yang dapat terbang pagi tu...
Noriah dan Hasni terpaksa balik ke Putrajaya untuk membaharui passport. Oleh kerana malu ngan jiran-jiran terpaksalah membeli tiket untuk keesokan harinya. Nasib baik masih ada tiket lagi dan harganya pulak 2 kali ganda ngan tiket asal...
Kami bertolak dari LCCT pukul 7.40 pagi dan tiba di Padang 7.40 pagi WIB (waktu Indonesia Barat). Dari Padang kami terus bertolak ke Bukit Tinggi yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Pemandangan memang menarik disepanjang perjalanan. Pada hari pertama ni banyak tempat kami singgah untuk minum pagi, makan tengahari dan juga aktiviti yang utama iaitu shopping....
Lebihkurang pukul 5 petang baru kami check-in kat hotel. Selepas rehat kejap, kami berjalan2 kat town Bukit Tinggi. Cuacanya memang nyaman dan suasa kat sini tenang saja. 
Bersambung......